Soalan Lazim 

Adakah saya layak untuk memohon sebagai ahli Kelab Kakitangan LPPKN?

Keahlian Kelab Kakitangan LPPKN adalah terbuka kepada semua warga kerja LPPKN tidak termasuk Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Kontrak.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon untuk menjadi ahli Kelab Kakitangan LPPKN?

Bermula Januari 2023, permohonan keahlian Kelab Kakitangan LPPKN boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi Kelab Kakitangan LPPKN (pautan: kelablppkn.com).

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil oleh Exco Kelab Kakitangan LPPKN untuk memproses permohonan keahlian baharu saya?

Penyelarasan permohonan baharu akan dibuat dari semasa ke semasa oleh barisan Exco Kelab Kakitangan LPPKN, namun caruman (potongan melalui bayaran gaji) hanya akan dibuat pada bulan berikutnya.

Berapakah kadar caruman yang telah ditetapkan untuk keahlian Kelab Kakitangan LPPKN?

Bermula tahun Mac 2022, kadar caruman bagi keahlian Kelab Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
Kumpulan Jawatan:
i.Pengurusan dan Profersional = RM10.00
ii.Pelaksana = RM 5.00

Adakah saya layak untuk memohon sumbangan dan bantuan yang disediakan oleh Kelab Kakitangan LPPKN?

Sumbangan dan bantuan adalah layak dipohon oleh semua ahli Kelab Kakitangan LPPKN yang aktif mulai satu (1) bulan selepas caruman dilaksanakan (potongan gaji untuk bayaran yuran bulanan Kelab). Sumbangan dan bantuan hanya layak dimohon untuk tahun semasa sahaja.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon sumbangan dan bantuan yang disediakan oleh Kelab Kakitangan LPPKN?

Permohonan sumbangan dan bantuan boleh dibuat melalui:

1. En. Mohamad Zakano Bin Mohamad Kasino
Pengerusi Biro Kebajikan
013-607 5299


2. En. Ammar Izdihar Bin Zainuddin
Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan
012-446 5465

3. En. Muhammad Hafizul Bin Ibrahim
Bendahari Biro Kebajikan
019-954 2670

Adakah saya boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti milik Kelab Kakitangan LPPKN

Semua ahli Kelab Kakitangan LPPKN yang aktif (masih mencarum) dibenarkan menggunakan kemudahan dan fasiliti Kelab termasuk Bilik Kelab Kakitangan LPPKN dan Bilik Muzik.

Sekiranya saya ada pertanyaan, cadangan, aduan atau kemusykilan, bagaimanakah saya hendak menghubungi Exco Kelab Kakitangan LPPKN?

Bagi sebarang pertanyaan, cadangan, aduan atau kemusykilan, sila hubungi Exco Kelab Kakitangan LPPKN melalui Portal Rasmi Kelab Kakitangan LPPKN (pautan: kelablppkn.com) atau emel pada KelabLPPKN@lppkn.gov.my.