Sejarah Penubuhan
Mula dikenali sebagai Kelab Kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKM), Kelab ini telah ditubuhkan pada 14 Jun 1978. Tujuan utama penubuhan Kelab ini ialah:
- Mengadakan aktiviti-akiviti untuk memberi peluang kepada ahli-ahli memajukan kebolehan mereka dalam bidang sukan, sosial, kebudayaan, sivik, kebajikan, kesusasteraan dan lain-lain aktiviti yang memerlukan kerjasama kumpulan dan disiplin persendirian yang akan memberi dorongan bagi mewujudkan semangat kerjasama dan kegiatan di kalangan ahli-ahli.
- Menyediakan kemudahan bagi maksud perkara di atas, dengan sendirinya atau bekerjasama dengan kumpulan/persatuan/jabatan lain.
- Menambah dan mentadbir kewangan untuk mencapai tujuan yang tersebut di atas.
- Mengadakan aktiviti yang difikirkan bersesuaian oleh Jawatankuasa.
Nama Kelab Kakitangan LPPKM seterusnya telah ditukar kepada Kelab Kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 20 September 2011, setelah memperoleh kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

