Keahlian Kelab Kakitangan LPPKN adalah terbuka kepada semua warga kerja LPPKN tidak termasuk Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Kontrak.
Bermula Januari 2023, permohonan keahlian Kelab Kakitangan LPPKN boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi Kelab Kakitangan LPPKN (pautan: kelablppkn.com).
Penyelarasan permohonan baharu akan dibuat dari semasa ke semasa oleh barisan Exco Kelab Kakitangan LPPKN, namun caruman (potongan melalui bayaran gaji) hanya akan dibuat pada bulan berikutnya.
Bermula tahun Mac 2022, kadar caruman bagi keahlian Kelab Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
Kumpulan Jawatan:
i.Pengurusan dan Profersional = RM10.00
ii.Pelaksana = RM 5.00
Sumbangan dan bantuan adalah layak dipohon oleh semua ahli Kelab Kakitangan LPPKN yang aktif mulai satu (1) bulan selepas caruman dilaksanakan (potongan gaji untuk bayaran yuran bulanan Kelab). Sumbangan dan bantuan hanya layak dimohon untuk tahun semasa sahaja.
Semua ahli Kelab Kakitangan LPPKN yang aktif (masih mencarum) dibenarkan menggunakan kemudahan dan fasiliti Kelab termasuk Bilik Kelab Kakitangan LPPKN dan Bilik Muzik.
Bagi sebarang pertanyaan, cadangan, aduan atau kemusykilan, sila hubungi Exco Kelab Kakitangan LPPKN melalui Portal Rasmi Kelab Kakitangan LPPKN (pautan: kelablppkn.com) atau emel pada KelabLPPKN@lppkn.gov.my.
