Biro Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Kakitangan LPPKN telah menyertai Pertandingan Persembahan Patriotik bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KPWKM pada 8 Ogos 2023 bertempat di Dewan Nur KPWKM, Putrajaya. Pertandingan anjuran bersama oleh KESKEB KPWKM ini adalah pengisian dalam menyambut Bulan Kebangsaan 2023 selian menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga KPWKM. Pasukan LPPKN telah menampilkan kelainan dalam persembahan dengan membawa unsur seni silat Melayu, digabungkan dengan elemen moden iaitu busking, di samping nyanyian serta tarian joget.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan Persembahan Patriotik KPWKM 2023 diikuti Yayasan Kebajikan Negara sebagai Naib Johan dan tempat ketiga ialah Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, KPWKM. Pasukan LPPKN berjaya mendapat Tempat Keempat daripada lapan persembahan yang dipertandingkan. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Diharapkan program seumpama ini dapat menyemai semangat perpaduan demi melahirkan masyarakat MADANI yang bersatu hati.
Biro Kesenian dan Kebudayaan








