Tarikh: Ahad, 20 April 2025
Masa: 6.30 pagi
Lokasi: Sekitar kawasan LPPKN

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga LPPKN yang telah mengambil bahagian dalam program “Happiness On Two Wheel” bersempena Minggu Sukan dan Wellness LPPKN (MSWL) 2025! 🌟

Program ini telah berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat kekeluargaan, membuktikan komitmen warga LPPKN dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Acara kayuhan santai ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan, tetapi turut memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kerja. 🚴‍♀️💬🍞

Terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta serta urus setia yang telah menjayakan program ini, khususnya dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Kelab Kakitangan LPPKN. Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dalam setiap program akan datang! 💪👏

🔖 #MSWL2025 #HappinessOnTwoWheel #LPPKN #KelabLPPKN #AktifSihatCeriah #KeluargaLPPKN