Sebagai penghargaan buat semua ahli Kelab yang setia dan sentiasa menyokong program dan aktiviti, Exco Kelab Kakitangan LPPKN telah menyedia dan menyerahkan cenderahati berupa tshirt dan beg laptop kepada semua ahli Kelab di Ibu Pejabat dan LPPKN Negeri. Cenderahati ini juga merupakan hadiah hari jadi ahli Kelab untuk tahun 2025. Urusan penyerahan cenderahati ini telah mula dilaksanakan pertengahan bulan Februari 2025 di peringkat Ibu Pejabat dan penyerahan kepada wakil LPPKN Negeri berdekatan. Buat ahli Kelab di negeri lain, cenderahati dihantar melalui pesanan pos.

Pihak Exco Kelab Kakitangan LPPKN ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesetiaan dan sokongan penuh kepada Kelab. Semoga Kelab akan kekal maju untuk tahun-tahun mendatang.