Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menghantar pasukan Bola Sepak 9-Sebelah LPPKN ke Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2022 yang berlangsung pada 2 – 4 Disember 2022 bertempat di Kangar, Perlis. Setelah melaksanakan sesi pemilihan , Biro Sukan dan Rekreasi telah mengenalpasti beberapa pemain yang boleh diketengahkan dalam kejohanan ini.

Dalam kejohanan kali ini, pasukan LPPKN berjaya menunjukkan prestasi yang baik meskipun tidak mencapai sasaran yang diletakkan. Tahniah dan syabas diucapkan buat pengurusan pasukan dan semua pemain yang terlibat di atas kesungguhan dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Pasukan ini diharapkan mampu dikekalkan dan meneruskan momentum untuk menghadapi kejohanan yang akan datang. 

 

Biro Sukan dan Rekreasi