ROAD TO KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSWIP 2023
Dalam mempersiapkan pasukan ke Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2023, Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan Bola Sepak bersama pasukan Bola Sepak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan pada 28 Julai 2023 bertempat di Padang Bola Sepak Tunas Bestari, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dalam perlawanan ini, pasukan LPPKN membariskan 20 orang pemain, termasuk beberapa anggota baru LPPKN untuk diuji kebolehan dan kemampuan bermain bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP tidak lama lagi.
Turut hadir, En. Ahmad Rasyidee Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Kehormat merangkap Pengerusi Biro Sukan dan En. Azlan Shah Nazrudin, Pengurus Pasukan Bola Sepak dan Futsal LPPKN. Selesai perlawanan, pasukan LPPKN mencatatkan kemenangan dengan jaringan (6) – (3). Tahniah dan syabas buat semua pemain. Semoga pasukan LPPKN dapat meneruskan prestasi baik ini untuk perlawanan seterusnya.
Biro Sukan









