Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah mengadakan Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak LPPKN pada 3 Ogos 2023 bertempat di Auditorium LPPKN, Tingkat 13, Ibu Pejabat LPPKN. Turut hadir di majlis pelancaran, En. Ahmad Rasyidee Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Kehormat merangkap Pengerusi Biro Sukan dan En. Azlan Shah Nazrudin, Pengurus Pasukan Bola Sepak dan Futsal LPPKN.

Jersi rasmi pasukan Bola Sepak LPPKN ini akan digunakan dalam Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2023 yang akan diadakan pada 4 – 6 Ogos 2023 di Padang Bola Sepak Putrajaya.

SELAMAT MAJU JAYA PASUKAN BOLA SEPAK LPPKN

Biro Sukan