Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sosial dan Rekreasi telah menganjurkan Program Berbasikal Santai Sunday KL Car Free Morning pada 20 Ogos 2023 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Acara pelepasan bermula dari Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur dan berakhir di Dataran Merdeka.
Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kecergasan tubuh badan serta menggalakkan lebih ramai lagi ahli menceburi sukan berbasikal, selain program ini dapat dijadikan platform untuk memupuk silaturahim dalam kalangan ahli Kelab.
Seramai 45 orang ahli Kelab Kakitangan LPPKN telah menyertai program ini yang turut dihadiri oleh YBrs. Pn. Nor Azizah Mamud, Pengerusi Kehormat Kelab Kakitangan LPPKN, YBrs. En. Abd Halil Omar, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan En. Azlan Shah Nazrudin, Pengarah LPPKN Negeri Sembilan.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi selepas ini.
Biro Sosial dan Rekreasi
























