Sebagai persediaan akhir ke Karnival Sukan Badan Berkanun 2023 (SUKANUN 23), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Kelab Kakitangan LPPKN telah mengadakan Program Pembentukan Semangat Berpasukan SUKANUN 23 dan Sesi Ucapan Amanat Ketua Pengarah LPPKN pada 30 Ogos 2023 (Rabu) bertempat di Auditorium LPPKN, Ibu Pejabat LPPKN.
Program dimulakan dengan perkongsian Semangat Berpasukan oleh Datuk Zaiton Othman, Mantan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Selaku individu yang berpengalaman dalam industri sukan negara, pelbagai ilmu telah dikongsikan kepada hampir 30 orang atlet LPPKN yang akan terlibat dalam SUKANUN 23. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Zaiton dan diharapkan setiap ilmu yang dikongsikan mampu memberi manfaat kepada semua atlet LPPKN.
Program diteruskan dengan Ucapan Amanat oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN. Beliau menyatakan keyakinan penuh Kontinjen LPPKN mampu untuk mempamerkan permainan terbaik dan berada dalam kedudukan yang membanggakan untuk SUKANUN kali ini. Sesi penyerahan pakaian rasmi dan bendera turut diserahkan kepada setiap Pengurus Pasukan acara sukan yang disertai LPPKN iaitu Futsal (L), Ping Pong Berpasukan, Karom Berpasukan dan Dart Berpasukan.
Turut hadir ialah Pn. Bibi Azliliee Abdullah dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, dan barisan Exco Kelab Kakitangan LPPKN termasuk En. Ammar Izdihar Zainuddin, Setiausaha Kehormat, En. Hafeez Ahmad, Bendahari Kehormat dan Pn. Noorhayante Mohidin, Pengerusi Biro Rekreasi dan Sosial.
Biro Sukan











