Bilik Kelab Kakitangan LPPKN terletak di Tingkat 9, Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur. Antara kemudahan dan fasiliti yang disediakan termasuklah ruangan bersukan (indoor) seperti Ping Pong, Dart dan Karom, selain mempunyai ruangan gym dan bilik muzik.

Bilik Kelab Kakitangan LPPKN ini juga terbuka untuk sebarang tempahan bagi melaksanakan sebarang program dan aktiviti yang bersesuaian.