Lanjutan dari kejayaan pasukan Indoor Games LPPKN dalam Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2024 yang lalu, dua anggota LPPKN yang juga ahli Kelab Kakitangan LPPKN iaitu En. Muhammad Safri Bin Masdon (Bahagian Khidmat Pengurusan) dan En. Mohamad Zakano Bin Mohamad Kasino (Bahagian Kesejahteraan Keluarga) telah dipilih untuk mewakili MAKSWIP ke Kejohanan MAKSAK Malaysia bagi acara Ping Pong Berpasukan dan Karom Berpasukan.

Bagi acara Ping Pong, Kejohanan MAKSAK 2024 telah diadakan pada 13-19 Februari 2024 bertempat Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi acara Karom pula, Kejohanan MAKSAK 2024 telah diadakan pada 9-12 Mei 2024 bertempat di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Lebih membanggakan, kedua-dua anggota LPPKN ini telah membantu pasukan MAKSWIP untuk memperoleh kejayaan dalam kejohanan MAKSAK kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua wakil LPPKN ini. Semoga kejayaan ini mampu membakar semangat anggota LPPKN lain untuk terus bersukan dan mengharumkan nama LPPKN dalam kejohanan sukan di peringkat agensi Kerajaan.

Biro Sukan