Pihak Pengurusan LPPKN dengan kerjasama Kelab Kakitangan LPPKN telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 pada 17 Oktober 2024 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi di Padang Bersebelahan Bangunan KPWKM. Program ini diadakan sebagai wadah bagi menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan warga KPWKM menerusi amalan gaya hidup aktif dan sihat selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja KPWKM.

Antara acara sukan yang dipertandingkan melibatkan 4 pasukan di KPWKM (Biru, Kuning, Hijau dan Merah) termasuklah Dodgeball Jelata, Kepala…Lutut…Tangkap, Balingan Kasih, Futsal Pelikat, Sabung Rakyat dan Tarik Tali. Secara keseluruhannya, pasukan LPPKN (Kuning) telah merangkul tempat kedua dalam program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja LPPKN, khususnya ahli Kelab Kakitangan LPPKN.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

Biro Sukan