Bemula Jun 2023, Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah terlibat secara langsung bersama pihak pengurusan LPPKN bagi mempersiapkan Kontinjen LPPKN ke Kejohanan Sukan Badan Berkanun 2023 (SUKANUN 23) yang berlangsung pada 3 hingga 10 September 2023 bertempat di UiTM Cawangan Arau, Perlis. Untuk penyertaan dalam SUKANUN kali ini, empat (4) acara sukan telah dikenalpasti dan berpotensi memberi pingat kepada LPPKN telah didaftarkan iaitu Futsal (L), Ping Pong Berpasukan, Karom Berpasukan dan Dart Berpasukan.

SUKANUN kali ini telah merekodkan penyertaan seramai lebih 5,000 orang atlet dari 59 buah Badan Berkanun di Malaysia. Majlis Perasmian SUKANUN 23 disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 6 September 2023 bertempat di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis. Turut hadir semasa Majlis Perasmian ialah YBrs. En. Abdul Halil Omar, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), LPPKN dan YBrs. Pn. Nor Azizah Mamud, Pengerusi Kehormat Kelab Kakitangan LPPKN.

Secara keseluruhannya, Kontinjen LPPKN telah mempamerkan prestasi yang sangat memuaskan, meskipun terdapat atlet yang baru pertama kali mewakili LPPKN ke kejohanan ini. Pencapaian mengikut acara sukan ada seperti berikut:

    – Ping Pong Berpasukan- Layak sehingga Suku Akhir (8 terbaik)

    – Karom Berpasukan – Peringkat Kumpulan

    – Dart Berpasukan – Peringkat Kumpulan

    – Futsal (L) – Peringkat Kumpulan

Biro Sukan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kontinjen LPPKN yang diketuai Chef De Mission (CDM), En. Ahmad Rasyidee Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Kehormat merangkap Pengerusi Biro Sukan Kelab Kakitangan LPPKN yang telah bertungkus-lumus berjuang untuk LPPKN dalam SUKANUN kali ini. Semoga pasukan dapat memperbaiki kelemahan, mempertingkatkan lagi latihan dan merencana semula pembangunan sukan di LPPKN. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan penglibatan LPPKN dalam SUKANUN 23. Jumpa lagi di SUKANUN 25!

 

Biro Sukan