Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menghantar pasukan Ping Pong LPPKN (Lelaki) ke Kejohanan Ping Pong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2022 yang berlangsung pada 12 - 15 Januari 2022 (Rabu hingga Sabtu) bertempat di Dewan Perdana Sentul, Kuala Lumpur.
Dengan kombinasi pemain baharu dan lama, pasukan Ping Pong LPPKN (Lelaki) sekali lagi telah menjuarai kejohanan ini, sekaligus mendominasi kejohanan ini untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019, 2020 dan 2022. Tahniah dan syabas buat pengurusan pasukan dan semua pemain yang terlibat!
Biro Sukan dan Rekreasi



