ROAD TO SUKANUN 2023
Dalam mempersiapkan pasukan ke Karnival Sukan Badan Berkanun 2023 (SUKANUN 23), Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan Karom bersama pasukan Karom Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Ogos 2023 bertempat di Stadium Hoki Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan ini, pasukan LPPKN membariskan 6 orang pemain termasuk pemain wanita yang akan ke SUKANUN 23. Tahniah dan syabas buat semua pemain. Terima kasih Kelab Sukan dan Rekreasi DBKL. Semoga ukhwah antara agensi ini dapat diteruskan untuk program dan aktiviti sukan yang lain.
Biro Sukan