Bersempena Hari Malaysia 2023, Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kelab Kakitangan LPPKN 2023 pada 16 September 2023 bertempat di Gelanggang Badminton Sri Gombak, Selangor. Seramai 20 orang ahli Kelab Kakitangan LPPKN telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang juga diadakan sebagai platform pemilihan pemain untuk ke Kejohanan Badminton MAKSWIP 2023.
Turut hadir memberi sokongan ialah En. Ahmad Rasyidee Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Kehormat merangkap Pengerusi Biro Sukan. Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan aktiviti ini memberi manfaat dan merapatkan lagi ukhwah sesama ahli Kelab. Terima kasih kepada pihak Urus Setia yang memberi sepenuh komitmen, pihak penaja dan ahli Kelab yang terus menyokong aktiviti Kelab. Semoga berjumpa lagi dalam aktiviti akan datang.
Biro Sukan