Kelab Kakitangan LPPKN melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan aktiviti santai berbasikal, Fun Ride Kuala Lumpur pada 22 Januari 2022 (Sabtu). Dengan penyertaan seramai 15 orang ahli Kelab Kakitangan LPPKN, aktiviti ini memulakan perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur dan melalui beberapa kawasan di sekitar Ibu Kota termasuk Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Bukit Tunku.
Peserta aktiviti ini juga turut melibatkan 3 orang Marshall berpengalaman yang mengiringi konvoi berbasikal sepanjang perjalanan. Aktiviti ini mengambil masa sekitar 3 jam bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 11.30 malam. Aktiviti ini tamat di Cheras, Kuala Lumpur dengan anggaran perjalanan sejauh 30km.
Biro Sukan dan Rekreasi





